Monday, August 4, 2014

Muhaimin di aidilfitri

Salam Muhaimin,

Raya tahun ini sangat bermakna bagi Pida dan keluarga. Nak tau apa sebab? Sebab.... tahun ini Pida beraya bersama buah hati terbaharu kami iaitu baby Muhaimin! Wink wink!


Hihihi... ini adalah bukti perancangan keluarga yang berjaya. Alhamdulillah, Pida selamat melahirkan cahaya mata ke-4 pada 22 Julai 2014 yang lalu. Kalau ikutkan EDD, Pida sepatutnya bersalin pada 7 Ogos, tapi dah takdir Pida bersalin awal. Hihihi.


Baby seberat 3.65kg ini dilahirkan secara normal natural pada jam 12.34 tengah hari. Kami menamakannya Muhammad Amin Muhaimin.  


Pida pun tak sangka nak beranak pada hari itu. Lepas solat subuh, Pida bersiap-siap nak pergi ofis. Tiba-tiba keluar darah. Pida terkejut jugak sebab bila dah keluar darah, itu maknanya tanda-tanda akhir nak bersalin. Tapi masa tu tak rasa sakit.

Pida bagitau suami Pida. Dia kata jom pergi hospital sekarang. Pida cakap nanti jap, kita siapkan budak-budak gi sekolah dulu. Jadi kitorang pun jalankan rutin biasa dahulu, iaitu menghantar Rania, Aqil dan Sufi ke sekolah. 

Selepas selesai menghantar Sufi ke tadika, suami bawak ke hospital. Sebelum tu singgah kedai beli roti dan air Power Root Kurma kot-kot nak buka puasa nanti kan... 

Sampai di hospital, Pida beritahu keadaan Pida kepada seorang nurse di kaunter. Pida cakap nurse, saya dah keluar darah. Nurse terus call labour room, dan tak lama selepas itu Pida disuruh naik kerusi roda untuk dihantar ke labour room di tingkat atas. Lawak juga rasanya bila disuruh naik wilcha. Hei, saya masih kuat berjalanlah!

Sampai di labour room kira-kira jam 9 pagi, seorang lagi nurse memeriksa Pida. Dah 5cm. Hah?! Dah 5cm? 

Pida pun dibagi pakaian hospital dan doktor meramalkan Pida akan bersalin pada pukul 1.40 petang hari itu. Tetapi baby dah tak sabar-sabar nak keluar, pukul 12.34 tengah hari dah lahir. Wink wink!



Baby hari 1






                                                                      Baby hari 2





                                                                Hari-hari berikutnya












Pida bersalin di tempat tinggal Pida. Pada hari Sabtu 3 hari sebelum raya, Pida balik kampung di Batu Pahat. Gamble ok... baru 3 hari beranak dah travel jauh-jauh. Nasib baik Pida dapat berurut sebanyak 2 kali sebelum balik kampung, jadi kira badan ni rasa sedap sikit la untuk perjalanan jauh.

Pida berpantang di rumah ab. Pada hari ke-5, Muhaimin didapati terkena jaundice. Pida bawak Muhaimin menjalani pemeriksaan di hospital. Lepas ambil darah, doktor bagitahu bacaan kuning Muhaimin 17, maknanya kena masuk bawah lampu.

Dengan perasaan berat hati, Pida terpaksa tinggalkan Muhaimin menjalani rawatan fototerapi 2 lampu di hospital. Pida tak dapat nak temankan dia di hospital sebab wad dah penuh. Tapi Pida pun tak kisah sangat sebab jarak antara rumah dengan hospital hanyalah sebatang rokok.

Malam raya tahun ini memang sedih sangat sebab Muhaimin tiada di pangkuan Pida. Cuma Sufi menemani Pida. Suami, Rania dan Aqil balik kampung nenek (mak mentua Pida). Pida menangis bila rindukan Muhaimin yang keseorangan di wad nurseri hospital tanpa Pida di sisi.

Esoknya 1 Syawal, Pida pun turut bersiap-siap. Bukan untuk beraya, tetapi untuk melawat Muhaimin di hospital. Semalam nurse cakap, hari ini boleh bawak keluar Muhaimin. Harap-harap Muhaimin dapat keluar wad sempena 1 Syawal ini.

Hospital pada 1 Syawal sangat lengang kerana cuti umum. Tempat duduk kosong, hanya Pida dan Sufi mengambil tempat. Sesekali ada juga beberapa keluarga yang cantik berbaju raya mengunjungi hospital untuk melawat ahli keluarga mereka yang sakit.


Sufi yang manja dan setia menemani Pida ke hospital. Sufi tak nak ikut Tokyi dan adik-adik Pida beraya di rumah nenek. Gambar ini Pida wassapkan ke suami Pida dengan caption "Sufi beraya bertiga dengan mak dan Muhaimin". Suami Pida rasa sebak tengok gambar ni sebab kesiankan Sufi beraya di hospital pada 1 Syawal.


Sufi punya setia, sampai terkencing dalam seluar. Haru betul. Pagi-pagi raya terkecing dalam seluar. Habis spender dan seluar raya. Oleh kerana memang tak bawak apa-apa pakaian untuk Sufi, maka inilah! Pakai baju melayu tanpa seluar dan spender. Terkontang-kanting benda alah tu. Orang-orang jadi pelik dan ketawa tengok Sufi. 


Selepas 2 jam menanti, akhirnya Pida mendapat berita gembira daripada seorang petugas di situ. Muhaimin dah boleh keluar! Yeay! Alhamdulillah, baby dah dibenarkan keluar. Cepat-cepat Pida telefon suami yang kebetulan pun dalam perjalanan ke hospital.



Inilah potret raya Pida tahun ini. Alhamdulillah bacaan kuning Muhaimin turun kepada 13 selepas semalaman di bawah lampu. Akhirnya dapat juga Pida bertaut kembali dengan baby dan anak-anak yang lain pada hari raya 1 Syawal. 


Inilah raya yang paling bermakna dalam hidup Pida.



4 comments:

  1. kak pidaaaaaaaaaa,

    patutlah lama nau diamnya.diam2 berisi rupanya.hehe

    tahniah kakak.seriusly rindu giler kat akk.tlg peluk cium baby muhaimin ye.pesan kat baby doakan acik ct dpt bby jugak tau :)

    selamat berpantang di bulan syawal ye kakak! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikct, i miss you too darling. Sejak akak mengandung, mmg malas sgt nak jenguk blog apatah lagi update. Hehe. Ok, Muhaimin kirim salam peluk cium juga kat cikCt. Tq :))))

      Delete
  2. tahniah kak pida~

    sama gak komen kat atas tu. hehe lama tak melawat sekali dapat baby daa

    err kak ada fb tak? sy dh xupdate blog, kemalasan =D
    nak add kat fb kak pida leh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Diila! Lama tak jumpa kan? Tulah akak ni... diam2 rupanya ada projek hihihi...

      Sejak ada baby ni pun akak dah malas nak update blog. Macam takde masa gitu. Add akak kat fb Pida O'Haili. Akak pun tak ramai kawan kat fb hehehe.

      TQ Diila :)

      Delete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...